Friday, October 15, 2010

Buat Setem Gambar Sendiri...

Haaaa....Kali ni nk promote kt korang pasal wat setem gambar sendiri ni...Tu la, mentang2 keje pos kn kena la promote ckit...Kalau nk tau, ni la keje sy kt ofis tu...Cetak setem customer.

Setem gambar sendiri ni nama komersial nye SetemKu atau dalam english MyStamp.

Harga nye x la mahal sgt pun, cuma RM19 untuk 1 helai. 1 helai tau bukan sekeping, 1 helai tu plak ada 20 keping setem 30sen...Hmmm, byk kn...Kalau untuk nilai setem 50sen plak RM28 sehelai.

Kenapa selalu migrain???...

Assalammualaikum....Setelah sekian lama x berblog...Rindu lak nk berblog....
Jum intai2 jap pasal migrain ni...Sbb dh selalu sangat migrain ni, nk tau gak la kn, ape punca migrain ni?...Cmne nk atasi migrain?....

Antara simptom2 migrain:-
  • Denyutan yg sgt sakit atau mencucuk pd sebelah kepala atau dua2 belah.
  • Kabur penglihatan.
  • Rasa terganggu pd cahaya, bunyi atau bau.
  • Rasa sejuk atau berpeluh.
  • Kebas atau sakit leher.
  • Rasa penat atau keliru.
  • Loya atau muntah.
  • Sakit kulit kepala.

Saturday, September 25, 2010

Nak tau apa kaitan TV LCD dengan LEMBU?...

Hai semua!!!...TV LCD ada kaitan dgn lembu?...Jom baca ni...


Korang ada TV LCD tak?.....Ala TV yang skrin dia leper tu, gambar nyer memang lah cantik n sharp...
Kira mahal la jugak TV LCD ni kn...Boleh kira bangga la gak kalau dapat beli sebiji TV ni...

Thursday, September 16, 2010

Mula Kerja Setelah Lama Bercuti...

Heii Blogger Sumer!!!....Ramai yang dah start keje semula setelah lama bercuti dan beraya sakan x kisah la beraya kat kampung ke kat bandar ke or wat ever...Termasuk la jugak saya ni yang kena start keje esok (Jumaat 17/09/10)...Actually kt ofis tu kena sentiasa ada org keje n xleh bercuti sumer, maklum la bekerja dgn customer (Pos Malaysia)...So kena la beralah skit kalau nk cuti panjang, lebih2 lg cuti raya cmni...

Nasib baik la rakan setugas saya ni kampung dia dekat...Huhuhu Kampung Pandan...So dia x amik cuti la, cukup la cuti umum tu jer...Lagipun, tahun ni saya beraya jauh, nun di seberang laut bersama dengan cik cahaya kita ni...

Wednesday, September 8, 2010

I LOVE PINK CONTEST By Pinky Girl Talk

Huhh...Punyer la bz smpai terlupa nk masuk contest ni...Tgk kalendar kira2 berapa hr lg nk raya teringat plak contest ni..Nasib baik ingat...Kalau x terlepas la nk join....Huhhh nasib baik...
Ni la gbr I LOVE PINK...Actually REALLY LOVE PINK...Hehehehe...



Hai..Saya Aizat Yusof... Saya memang suka warna PINK...Biasa la perempuan kan, memang x lari dr warna pink...Barang2 perempuan pun biasanyer warna PINK..Byk lg barang2 sy yang warna pink, but this is the best dan paling bermakna buat sy sbb dihadiahkan oleh org tersayang, my lovely husband..He really know my taste...!!!

Sunday, September 5, 2010

Seni Pasir Yang Sungguh Mengagumkan...

Assalammualaikum sumer...Hari ni nk share sket pasal seni pasir atau animasi pasir nih...Ala lukis2 guna pasir pakai tangan atas permukaan kat bawah lampu tu....Nampak je senang, tapi susah tu...Org yg betul2 kreatif n ada daya imaginasi yg tinggi je bleh wat cmtu...Sy betul2 kagum la dengan org yg pndai wat nih....Jom tgk cmne dia wat..!!!




Ilana Yahav ni adalah salah seorang yang terkenal dalam lukisan seni pasir ni....




Monday, August 23, 2010

Penggemar McD,sila baca!!!...Daging McD Diragui Jakim..???...OMG..!!!

Askum sumer....Sy baru terbaca email petang td...Just nk share dgn korang sumer tentang Fast Food kegemaran ramai ni...

Dalam email tu, penulis merayu kepada sumer penggemar McD supaya berhenti mkn di McD...

Sebab Jakim dh menarik balik sijil HALAL yg dikeluarkan..So, maknanya McD ni Dah HARAM???...
Katanyer daging yg digunakan diragui...Dan dikeluarkan di negara luar...

Wallahhualam...Xtau sejauh mana kebenaran nyer...

Friday, August 20, 2010

Black and White Contest




Buat pertama kali nyer aku menyertai contest ni....Nampaknyer persaingan hebat2 sumernye....
Sape2 yg nk join lg boleh la klik ---> SINI

Antara gbr yg terbaik dipilih ialah....





 
Dan sy memilih Samsia untuk join contest ni...Aku tau ko mesti suka nyer la contest ni...

Wednesday, August 18, 2010

Senibina Yang Menakjubkan

                                                         Drag and drop me

Heiii... blogger2 sumer...Just nak share email2 yang member2 bagi untuk hilangkan boring and nak cuci2 mata sket....Ni la antara senibina2 didunia yang menakjubkan. Tapi xtau la plak sejauh mana kebenaran senibina2 nie....



Sliding House

Sunday, August 8, 2010

Anugerah yang dimenangi oleh Menara Kembar Petronas

Korang semua tau tak, Menara Kembar Petronas pernah di beri anugerah 'The Aga Khan Award for Architecture 2004'. Anugerah ni telah ditubuhkan pada tahun 1977 untuk menggalakkan budaya kerja yang cemerlang di kalangan masyarakat Islam dan agar budaya Islam dapat diperkembangkan melalui seni bina.

Penganugerahan ini dianjurkan 3 tahun sekali dan anugerah tersebut bernilai sehingga US$500,000 dimana ini merupakan nilai hadiah penganugerahan seni bina yang tertinggi di dunia kepada projek yang berjaya dipilih oleh Ketua Juri yang berkecuali.

Setiap kitaran 3 tahun, upacara penganugerahan pemenang akan diadakan. Upacara penganugerahan tahun 2007, iaitu penganugerahan kali ke-30 dan merupakan penamat bagi kitaran sepuluh tahun, diadakan di Menara Berkembar Petronas pada 4 September 2007 dan merupakan pengiktirafan kepada status ikon antarabangsa serta sebagai lambang masyarakat kontemporari Malaysia.

Anugerah ni telah membuka mata seluruh dunia bahawa Malaysia juga mampu memberi saingan terhadap jurutera-jurutera pencakar langit di seluruh dunia. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan pencapaian yang amat bermakna ni. Malaysia Boleh !!!...


Thursday, August 5, 2010

Kesenian Peralatan Tradisional - Cultural Traditional Instruments

Malaysia terdiri dari masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai budaya dan kesenian. Budaya dan kaum yang berlainan ini telah menghasilkan pelbagai peralatan atau bahan-bahan kesenian. Peralatan atau bahan kesenian ini memaparkan hasil kerja tangan yang halus dan seni kreatif yang indah yang terdapat di Malaysia.

Malaysia is blessed with multi-ethnic community with different values, culture and heritage. This assortment of different culture and race have resulted in the various cultural instruments and artefacts. This cultural instruments and artefacts display the fine handicraft and artistic creativity by the people of Malaysia.

Wednesday, August 4, 2010

Layang - Layang Tradisional - Traditional Kites


Di Malaysia, layang-layang lebih dikenali di negeri negeri Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Terdapat tiga kategori layang-layang dikawasan ini iaitu layang-layang laga, layang-layang anak dan layang-layang hiasan. Biasa nya saiz layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah lebih kecil. Selain itu, motif hiasannya tidak begitu banyak dan menarik. Layang-layang juga dikenali sebagai 'wau' bagi negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Terdapat pelbagai cerita tentang kewujudan perkataan wau dan antaranya mengatakan perkataan wau wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busur yang terdapat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan meghasilkan bunyi wau, wau, wau secara berirama. Antara wau tradisional yang terkenal ialah Wau Bulan, Wau Merak, Wau Kucing dan Wau Jala Budi.

In Malaysia "layang-layang" is the generic term for kites in the Western and Southern regions of Peninsular Malaysia such as Selangor, Melaka and Johor. In general, kites from these states are divided into three categories namely the fighting kite, the baby kite and the decorative kite. The kites from the West Coast and Southern Peninsular are smaller in size. Beside that, it also lacks decorative motifs. Layang-layang is also known as 'wau' in the East Coast and Northern States of Peninsular Malaysia like Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis. The word 'wau' originated from the sound derived from the 'hummer' of the kite. When in flight, the hummer will form sounds of wau, wau, wau in rhythmic pattern. Wau Bulan, Wau Merak, Wau Kucing and Wau Jala Budi are the most popular tradisional wau.



Monday, July 26, 2010

Kenali Bungaan Unik Di Malaysia

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan di mana terdapat beberapa spesies yang menarik dan unik sama ada dari segi rupa bentuknya yang ganjil atau mempunyai keunikannya seperti haruman bunganya yang tersendiri. Dalam elemen seni taman Melayu kebanyakan spesies tanaman adalah spesies yang bunga, daun dan kayunya berbau wangi.
There are many varieties of flowers found in Malaysia and there are some species that are attractive and unique due to their special shape or rare fragrance. Most traditional Malay landscape comprise of plants with fragrant flowers, leaves and wood.

Sunday, July 25, 2010

Batik Malaysia


 
Batik nie sebenarnya berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Biasa nye kain batik nie corak nye terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara. Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu.