Monday, July 26, 2010

Kenali Bungaan Unik Di Malaysia

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan di mana terdapat beberapa spesies yang menarik dan unik sama ada dari segi rupa bentuknya yang ganjil atau mempunyai keunikannya seperti haruman bunganya yang tersendiri. Dalam elemen seni taman Melayu kebanyakan spesies tanaman adalah spesies yang bunga, daun dan kayunya berbau wangi.
There are many varieties of flowers found in Malaysia and there are some species that are attractive and unique due to their special shape or rare fragrance. Most traditional Malay landscape comprise of plants with fragrant flowers, leaves and wood.

Sunday, July 25, 2010

Batik Malaysia


 
Batik nie sebenarnya berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Biasa nye kain batik nie corak nye terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara. Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu.