Monday, July 26, 2010

Kenali Bungaan Unik Di Malaysia

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan di mana terdapat beberapa spesies yang menarik dan unik sama ada dari segi rupa bentuknya yang ganjil atau mempunyai keunikannya seperti haruman bunganya yang tersendiri. Dalam elemen seni taman Melayu kebanyakan spesies tanaman adalah spesies yang bunga, daun dan kayunya berbau wangi.
There are many varieties of flowers found in Malaysia and there are some species that are attractive and unique due to their special shape or rare fragrance. Most traditional Malay landscape comprise of plants with fragrant flowers, leaves and wood.

• Kembang songsang ( Gloriosa superba )

Bunga Kembang Songsang merupakan sejenis lili yang memanjat sehingga setinggi 2.5 meter. Daunnya berbentuk lanseolat dan terdapat di hujungnya sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Bunganya unik dan sangat menarik dengan kelopaknya yang berbentuk runcing, berombak-ombak di tepinya, yang berwarna kuning dan merah. Semasa kembang, segmen petalnya keluar songsang dengan pistil dan stamen yang melintang. Pokok ini mempunyai ubi yang beracun. Pokok lili ini sering ditanam di taman-taman persendirian kerana keindahan dan keunikan bunganya. Oleh sebab segmen petalnya keluar songsang, masyarakat Melayu memanggilnya Bunga Kembang Songsang.

This plant is a species of lily that climbs up to 2.5 metres in height, aided by tendril-like tips at the of its narrow lanceolate shaped leaves. The flowers are attractive and unique with narrow yellow and red curly edged petals. When it blooms, the flower turns inside out and points upwards, with the stamens and pistil more or less horizontal. The plant has underground bulb which is poisonous.The plant is cultivated in Malaysian gardens for its unique and attractive flowers. Malays call it Bunga Kembang Songsang because when the flowers fully bloom the petals grow inverted.

• Bakawali ( Epiphyllum oxypetalum )
Pokok Bakawali merupakan herba yang runcing tergulung dalam keluarga cactaceae.Tingginya 1 – 3 meter, berbatang pendek dan bercabang-cabang dengan dahan-dahan yang leper seperti daun, bersendi dan bentuk tepi daun, berombak-ombak, berwarna hijau dan sedikit keperangan. Bunganya besar, berwarna putih dengan corong sepanjang 20 – 25 sm, berwarna kemerahan dan sepalnya merah hingga kekuningan, serta petalnya yang banyak, berlapis-lapis, berbentuk linear atau ovat berwarna putih. Bunga ini hanya kembang di waktu malam dan mengeluarkan bau yang wangi. Masyarakat China gemar menanam pokok ini dalam pasu besar dan meletaknya di hadapan rumah. Kononnya apabila kaktus ini mula berbunga, dan kembang sepenuhnya, keluarlah pari-pari bersama-sama bau yang harum dan akan membawa untung atau nasib yang baik kepada penanamnya.

A slender herb, under the family of cactaceae grows up to 1 – 3 meter. It has a short main stem and long irregular branches that are flat and look like leaves that are jointed with edges that are scalloped. The large white flowers are nocturnal, vary fragrant. The Chinese believe that Keng Hwa brings luck and used to grow them in big pots and placed them in front of their houses. It is associated with the believe that when the flowers open at midnight fairies come out and bring luck.


No comments: