Thursday, August 5, 2010

Kesenian Peralatan Tradisional - Cultural Traditional Instruments

Malaysia terdiri dari masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai budaya dan kesenian. Budaya dan kaum yang berlainan ini telah menghasilkan pelbagai peralatan atau bahan-bahan kesenian. Peralatan atau bahan kesenian ini memaparkan hasil kerja tangan yang halus dan seni kreatif yang indah yang terdapat di Malaysia.

Malaysia is blessed with multi-ethnic community with different values, culture and heritage. This assortment of different culture and race have resulted in the various cultural instruments and artefacts. This cultural instruments and artefacts display the fine handicraft and artistic creativity by the people of Malaysia.


  • Kukur Kelapa - Coconut Grater
Kukur kelapa adalah sejenis alat bergerigi yang digunakan untuk mengukur atau mengikis isi kelapa dari tempurungnya. Kukur kelapa tradisional dibentuk daripada batang kayu untuk tempat duduk dan di hujungnya diletakkan besi mata kukur. Kukur kelapa tradisional ini direka bentuk berasaskan rupa bentuk binatang berkaki empat lengkap dengan ekor dan bermotifkan tumbuh-tumbuhan.

'Kukur kelapa' or coconut grater is a tool used to grate or scrape the flesh of the coconut from its shell. The tradisional 'kukur kelapa' is shaped out of a piece of wood for the seat and at the end is a sharp-edged metal spur. The kukur kelapa carved based on the design of a four-legged animal complete with the tail and other carvings of nature inspired motives such as plants.

  • Batu Giling - Stone Grinder
Batu giling adalah sejenis alat tradisional yang diperbuat daripada batu yang terdiri dari ibu dan anak. Ibu adalah batu hampar atau bahagian dasar batu giling yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan untuk digiling, sementara anak pula ialah anak batu yang digunakan untuk menggiling bahan-bahan untuk dihancurkan seperti cili, rempah ratus dan bahan-bahan lain.

'Batu giling' or stone grinder is a traditional tool consisting of two parts made of stone, referred to as "mother" and "child". The "mother" is the mill stone or base part of the batu giing where the chili or spices are placed, whereas the "child" is the smaller piece of stone used to roll onto the base stone to crush and grind the said spices or chili.

  • Supu - Supu
Supu adalah sejenis bekas kecil yang digunakan untuk menyimpan tembakau. Bekas yang diperbuat daripada perak dan dihias dengan ukiran halus ini juga digunakan sebagai perhiasan diri oleh masyarakat Bajau di Daerah Kota Belud, Sabah. Di kalangan masyarakat Dusun Tindal pula, supu dikenali kuapu dan digunakan sebagai perhiasan pakaian pengantin perempuan dan lelaki dalam majlis perkahwinan.
'Supu' is a small container used to keep tobacco. Made of silver and beautifully decorated with fine carvings, it is also used as a decorative accessory by the Bajau community in the district of Kota Belud, Sabah. Amongst the Dusun Tindal community, it is known as 'kuapu' and is used as a decorative accesory for the bride and bridegroom's wedding costume.



 


No comments: