Friday, October 15, 2010

Kenapa selalu migrain???...

Assalammualaikum....Setelah sekian lama x berblog...Rindu lak nk berblog....
Jum intai2 jap pasal migrain ni...Sbb dh selalu sangat migrain ni, nk tau gak la kn, ape punca migrain ni?...Cmne nk atasi migrain?....

Antara simptom2 migrain:-
  • Denyutan yg sgt sakit atau mencucuk pd sebelah kepala atau dua2 belah.
  • Kabur penglihatan.
  • Rasa terganggu pd cahaya, bunyi atau bau.
  • Rasa sejuk atau berpeluh.
  • Kebas atau sakit leher.
  • Rasa penat atau keliru.
  • Loya atau muntah.
  • Sakit kulit kepala.

Jum kita tgk ape punca2 migrain ni sebenarnya:-
  •  Haid
  • Merokok
  • Keletihan, tekanan atau kecewa
  • Puasa atau tinggalkan waktu makan
  • Aktiviti yg memerah terlalu banyak tenaga
  • Perubahan ketinggian
  • Perubahan tekanan udara
  • Kurang atau terlebih tidur atau perubahan corak waktu tidur
  • Bau yang kuat dan tidak menyenangkan, cahaya yg terlalu terang atau bunyi bising
Kalau anda selalu mengalami migrain, cuba elakkan :-
  • Makanan yg mengandungi bahan makanan tambahan
  • Makanan dalam tin dan bahan perasa yg tinggi seperti kicap
  • Minuman berkafein, kacang, hati ayam, makanan berjeruk, roti dan biskut yg mengandungi keju
  • Makanan yg telah diubahsuai drpd avokado, pisang, buahan sitrus, buah tin, kismis, plum merah, rasberi dan coklat.
Doktor cakap makan panadol biasa x dapat mengurangkan sakit akibat migrain, sebab migrain bukan sakit kepala yg biasa...Cepat2 la jumpa doktor yea...Kat sini ada beberapa tip mengurangkan kesakitan akibat migrain :-
  • Letakkan kain sejuk di dahi
  • Urut kepala dengan sedikit tekanan
  • Berbaring di dalam bilik yang gelap dan sunyi
  • Letakkan bahan yang boleh menekan sebahagian pelipis atau dahi anda
Jika anda sering diserang migrain cuba elakkan drpd mengambil makanan atau melakukan aktiviti yang boleh mengundang migrain. Amalkan tidur yang mencukupi dan minum banyak air kosong untuk melancarkan peredaran darah juga boleh membantu di samping bertenang setiap kali berhadapan dengan masalah bagi mengelakkan diri drpd tekanan.

No comments: