Monday, August 23, 2010

Penggemar McD,sila baca!!!...Daging McD Diragui Jakim..???...OMG..!!!

Askum sumer....Sy baru terbaca email petang td...Just nk share dgn korang sumer tentang Fast Food kegemaran ramai ni...

Dalam email tu, penulis merayu kepada sumer penggemar McD supaya berhenti mkn di McD...

Sebab Jakim dh menarik balik sijil HALAL yg dikeluarkan..So, maknanya McD ni Dah HARAM???...
Katanyer daging yg digunakan diragui...Dan dikeluarkan di negara luar...

Wallahhualam...Xtau sejauh mana kebenaran nyer...

Friday, August 20, 2010

Black and White Contest




Buat pertama kali nyer aku menyertai contest ni....Nampaknyer persaingan hebat2 sumernye....
Sape2 yg nk join lg boleh la klik ---> SINI

Antara gbr yg terbaik dipilih ialah....





 
Dan sy memilih Samsia untuk join contest ni...Aku tau ko mesti suka nyer la contest ni...

Wednesday, August 18, 2010

Senibina Yang Menakjubkan

                                                         Drag and drop me

Heiii... blogger2 sumer...Just nak share email2 yang member2 bagi untuk hilangkan boring and nak cuci2 mata sket....Ni la antara senibina2 didunia yang menakjubkan. Tapi xtau la plak sejauh mana kebenaran senibina2 nie....



Sliding House

Sunday, August 8, 2010

Anugerah yang dimenangi oleh Menara Kembar Petronas

Korang semua tau tak, Menara Kembar Petronas pernah di beri anugerah 'The Aga Khan Award for Architecture 2004'. Anugerah ni telah ditubuhkan pada tahun 1977 untuk menggalakkan budaya kerja yang cemerlang di kalangan masyarakat Islam dan agar budaya Islam dapat diperkembangkan melalui seni bina.

Penganugerahan ini dianjurkan 3 tahun sekali dan anugerah tersebut bernilai sehingga US$500,000 dimana ini merupakan nilai hadiah penganugerahan seni bina yang tertinggi di dunia kepada projek yang berjaya dipilih oleh Ketua Juri yang berkecuali.

Setiap kitaran 3 tahun, upacara penganugerahan pemenang akan diadakan. Upacara penganugerahan tahun 2007, iaitu penganugerahan kali ke-30 dan merupakan penamat bagi kitaran sepuluh tahun, diadakan di Menara Berkembar Petronas pada 4 September 2007 dan merupakan pengiktirafan kepada status ikon antarabangsa serta sebagai lambang masyarakat kontemporari Malaysia.

Anugerah ni telah membuka mata seluruh dunia bahawa Malaysia juga mampu memberi saingan terhadap jurutera-jurutera pencakar langit di seluruh dunia. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan pencapaian yang amat bermakna ni. Malaysia Boleh !!!...


Thursday, August 5, 2010

Kesenian Peralatan Tradisional - Cultural Traditional Instruments

Malaysia terdiri dari masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai budaya dan kesenian. Budaya dan kaum yang berlainan ini telah menghasilkan pelbagai peralatan atau bahan-bahan kesenian. Peralatan atau bahan kesenian ini memaparkan hasil kerja tangan yang halus dan seni kreatif yang indah yang terdapat di Malaysia.

Malaysia is blessed with multi-ethnic community with different values, culture and heritage. This assortment of different culture and race have resulted in the various cultural instruments and artefacts. This cultural instruments and artefacts display the fine handicraft and artistic creativity by the people of Malaysia.

Wednesday, August 4, 2010

Layang - Layang Tradisional - Traditional Kites


Di Malaysia, layang-layang lebih dikenali di negeri negeri Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Terdapat tiga kategori layang-layang dikawasan ini iaitu layang-layang laga, layang-layang anak dan layang-layang hiasan. Biasa nya saiz layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah lebih kecil. Selain itu, motif hiasannya tidak begitu banyak dan menarik. Layang-layang juga dikenali sebagai 'wau' bagi negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Terdapat pelbagai cerita tentang kewujudan perkataan wau dan antaranya mengatakan perkataan wau wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busur yang terdapat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan meghasilkan bunyi wau, wau, wau secara berirama. Antara wau tradisional yang terkenal ialah Wau Bulan, Wau Merak, Wau Kucing dan Wau Jala Budi.

In Malaysia "layang-layang" is the generic term for kites in the Western and Southern regions of Peninsular Malaysia such as Selangor, Melaka and Johor. In general, kites from these states are divided into three categories namely the fighting kite, the baby kite and the decorative kite. The kites from the West Coast and Southern Peninsular are smaller in size. Beside that, it also lacks decorative motifs. Layang-layang is also known as 'wau' in the East Coast and Northern States of Peninsular Malaysia like Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis. The word 'wau' originated from the sound derived from the 'hummer' of the kite. When in flight, the hummer will form sounds of wau, wau, wau in rhythmic pattern. Wau Bulan, Wau Merak, Wau Kucing and Wau Jala Budi are the most popular tradisional wau.