Sunday, August 8, 2010

Anugerah yang dimenangi oleh Menara Kembar Petronas

Korang semua tau tak, Menara Kembar Petronas pernah di beri anugerah 'The Aga Khan Award for Architecture 2004'. Anugerah ni telah ditubuhkan pada tahun 1977 untuk menggalakkan budaya kerja yang cemerlang di kalangan masyarakat Islam dan agar budaya Islam dapat diperkembangkan melalui seni bina.

Penganugerahan ini dianjurkan 3 tahun sekali dan anugerah tersebut bernilai sehingga US$500,000 dimana ini merupakan nilai hadiah penganugerahan seni bina yang tertinggi di dunia kepada projek yang berjaya dipilih oleh Ketua Juri yang berkecuali.

Setiap kitaran 3 tahun, upacara penganugerahan pemenang akan diadakan. Upacara penganugerahan tahun 2007, iaitu penganugerahan kali ke-30 dan merupakan penamat bagi kitaran sepuluh tahun, diadakan di Menara Berkembar Petronas pada 4 September 2007 dan merupakan pengiktirafan kepada status ikon antarabangsa serta sebagai lambang masyarakat kontemporari Malaysia.

Anugerah ni telah membuka mata seluruh dunia bahawa Malaysia juga mampu memberi saingan terhadap jurutera-jurutera pencakar langit di seluruh dunia. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan pencapaian yang amat bermakna ni. Malaysia Boleh !!!...


No comments: