Wednesday, August 4, 2010

Layang - Layang Tradisional - Traditional Kites


Di Malaysia, layang-layang lebih dikenali di negeri negeri Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Terdapat tiga kategori layang-layang dikawasan ini iaitu layang-layang laga, layang-layang anak dan layang-layang hiasan. Biasa nya saiz layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah lebih kecil. Selain itu, motif hiasannya tidak begitu banyak dan menarik. Layang-layang juga dikenali sebagai 'wau' bagi negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Terdapat pelbagai cerita tentang kewujudan perkataan wau dan antaranya mengatakan perkataan wau wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busur yang terdapat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan meghasilkan bunyi wau, wau, wau secara berirama. Antara wau tradisional yang terkenal ialah Wau Bulan, Wau Merak, Wau Kucing dan Wau Jala Budi.

In Malaysia "layang-layang" is the generic term for kites in the Western and Southern regions of Peninsular Malaysia such as Selangor, Melaka and Johor. In general, kites from these states are divided into three categories namely the fighting kite, the baby kite and the decorative kite. The kites from the West Coast and Southern Peninsular are smaller in size. Beside that, it also lacks decorative motifs. Layang-layang is also known as 'wau' in the East Coast and Northern States of Peninsular Malaysia like Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis. The word 'wau' originated from the sound derived from the 'hummer' of the kite. When in flight, the hummer will form sounds of wau, wau, wau in rhythmic pattern. Wau Bulan, Wau Merak, Wau Kucing and Wau Jala Budi are the most popular tradisional wau.



No comments: